Pokok getah mesti ditoreh pada awal-awal pagi kerana lateks lebih mudah mengalir. Pada waktu tengahari lateks tidak mudah mengalir. Pisau khas digunakan untuk menoreh lapisan kulit kayu getah. Ini dilakukan dengan teliti sekali supaya tidak merosakkan batang. Torehan ini menembusi sel-sel pokok dan lateks akan mengalir dengan perlahan ke dalam mangkuk yang disediakan di bahagian bawah batang pokok. Lateks ini pekat dan putih. Ia kelihatan seperti susu. Kebanyakan penoreh getah adalah wanita. Mereka bekerja secara berkumpulan kerana terdapat beribi-ribu pokok getah di dalam sebuah ladang.
Menoreh getah sesuatu kerja yang berat. Kadang-kala kerja ini berbahaya. Banyak kejadian telah berlaku di ladang yang sunyi pada awal-awal pagi. Gigitan serangga yang teruk perkara biasa. Terdapat juga cerita-cerita tentang penoreh getah yang telah dicederakan atau dibunuh oleh harimau dan babi hutan. Lateks berhenti mengalir dalam masa dua atau tiga jam. Penoreh getah akan pergi semula dari pokok ke pokok untuk menuang lateks dari mangkuk ke dalam baldi besar.
Penoreh-penoreh akan membawa baldi tadi ke pusat pengumpulan. Dari situ lori-lori kecil akan menghantar lateks ke kilang-kilang. Pada waktu ini, hari sudah hampir lewat tengahari. Kerja penoreh sudah selesai. Mereka pulang ke rumahuntuk berehat dan menjaga keluarga mereka.