SEJARAH GETAH.

Pada mulanya getah digunakan oleh penduduk asli Amerika Tengah dan Selatan.  Mereka telah belajar membuat berbagai-bagai barangan daripada lateks seperti kasut yang ringkas, botol dan bola-bola yang boleh melantun.  Sejak tahun 1496 lagi pengembara laut yang terkenal, Christoper Colombus telah melihat penduduk asli dunia baru bermain dengan bola getah seumpama ini.  Bahan ganjil ini telah dibawa masuk ke Eropah dan ahli-ahli sains mula mengkaji bahan ini dengan teliti.

Pada tahun 1770, ahli kimia bangsa Inggeris, Joseph Priestley telah menemui bahan yang boleh digunakan untuk memadam kesan-kesan pensel.  Dipercayai bahawa sejak hari itu, bahan ini dikenali sebagai 'rubber' ( yang bermaksud pemadam dalam Bahasa Inggeris ).  Selama beberapa tahun seterusnya, getah tidak begitu berguna kepada manusia.  Belum ada ahli-ahli sains yang dapat menemui sifat-sifat getah yang mengkagumkan.

Pada awal abad ke 19, barulah berlaku perubahan. Pada tahun 1820, seorang bangsa Inggeris, Thomas Hancock mencipta sebuah mesin yang dapat melembutkan, mencampurkan dan membentuk getah.  Hasil akhirnya adalah sesuatu yang anjal dan kalis air.  Pada tahun 1870-an, Sir Henry Nickham telah dihantar ke Brazil untuk mengumpul biji getah.  Lebih 70 000 biji getah telah dikumpulkan dan dibawa balik keEnglnd.   Sesetengah daripada biji-biji itu telah ditanam di rumah panas khas di Kew Gardens di London.  Anak-anak getah dihantar ke Sri Langka dan Malaysia dan kemudian ke negara-negara lain di Asia Tenggara.

Pada tahun 1839, seorang rakyat Amerika, Charles Goodyear telah mendapati bahawa getah mentah boleh dibaiki dengan memanaskannya dengan sulfur (belerang).  Proses ini dipanggil pemvulkanan.  Proses ini memperbaiki mutu getah.   Pertukaran suhu tidak memberi kesan terhadap getah yang diproses dengan cara baru ini.  Dengan lebih banyak penemuan, getah telah menjadi suatu bahan yang sangat terkenal.  Ada seribu satu kegunaan getah.  Malaysia kemudiannya menjadi pembekal utama getah mentah di seluruh dunia.  Cuaca yang panas dan lembab di Malaysia sangat sesuai untuk penanaman getah secara besar-besaran.

Menjelang penghujung abad ke 19, kereta digemari di Amerika.  Tidak lama kemudian, Henry Ford telah membuat beribu-ribu kereta di kilangnya.  Permintaan terhadap tayar getah dan alat-alat ganti kereta yang lain telah melambung tinggi.  Semakin banyak pokok getah ditanam untuk membekalkan getah yang diperlukan.  Ladang-ladang getah yang besar dan keciltelah dibuka dari utara hingga selatan Malaysia.  Negara-negara lain di Asia Tenggara pun mula mencontohi Malaysia.

SUNSET.gif (17211 bytes)

01_03_T.gif (10897 bytes)01_04_T.gif (10650 bytes)