Make your own free website on Tripod.com

 

PEMPROSESAN GETAH

Lateks mentah perlu diproses sebelum dihantar kepada pengilang-pengilang atau dieksport.  Pemprosesan terdapat dalam berbagai-bagai bentuk.  Mengikut berat, lateks asli terdiri daripada satu pertiga getah bersama-sama gula, protein dan garamyang dilarutkan di dalam air.

Proses pertama dipanggil penggumpalan.   Susu getah ditapis untuk membuang kotoran dan bahan yang tidak dikehendaki.   Kemudian susu getah dituang di dalam tangki besar dengan lebih banyak air.   Asid asetik atau formik dicampurkan.  Ini menyebabkan zarah-zarah lateks bersatu menjadi suatu gumpalan yang pejal.  Di dalam tangki, lateks dijadikan kepingan getah dengan menggunakan plat logam.  Kepingan ini dikumpul dan dihantar untuk dikeringkan.  Penggelek besar digunakan untuk memerah air sebanyak yang mungkin.

Kemudian kepingan-kepingan getah tadi dipotong menjadi kecil dan diasapkan hingga kering di bangsal-bangsal khas.   Ini akan menghindarkan kepingan getah daripada berkulat.  Satu lagi proses menghasilkan bandela getah kering.  Getah yang telah digumpalkan dicincang halus oleh mesin, dicampurkan dengan sedikit minyak jarak, dikeringkan  dan ditekan menjadi bandela.  Lateks dijual dan dieksport dalam bentuk cecair juga.  Mula-mula air dikeluarkan daripada lateks.  Bahan kimia dicampurkan untuk menghindarkan lateks daripada bergumpal.  Proses ini kini dilakukan oleh mesin.  Lateks yang sudah diproses ini dipanggil lateks pekat.

Lateks begini sangat berguna kepada pengilang-pengilang barangan seperti belon, sarung tangan, getah dan hos.

Dogrun.gif (4609 bytes)

01_03_T.gif (10897 bytes)01_04_T.gif (10650 bytes)