Make your own free website on Tripod.com

PENYAKIT.

JENIS-JENIS PENYAKIT.

Secara umumnya, terdapat 11 jenis penyakit yang menyerang pokok getah tetapi di sini hanya 3 jenis penyakit sahaja yang dapat saya nyatakan.  Antaranya ialah:

1.  Penyakit Akar

2.  Penyakit Cendawan Lapuk

3.  Penyakit Batang

 

 

1.  PENYAKIT AKAR

                   Penyakit akar merupakan penyakit berbahaya yang menyerang pokok getah dawasa.  Penyakit akar disebabkan oleh kulat yang pada mulanya menyerang kulit akar, kemudian menembusi kayu dan akhirnya akar pokok getah nenjadi lapuk dan mati.

Spora kulat akan diterbangkan oleh angin dan hinggap di mana-mana bahagian kayu pokokgetah yang terdedah akibat luka atau cedera.  Selain itu, penyakit akar boleh disebabkan oleh pertemuan akar, iaitu akar sihat bertemu dengan akar yang berpenyakit.

Terdapat enam jenis penyakit akar yang menyerang pokok getah, iaitu penyakit akar putih, penyakit akar merah dan penyakit akar perang yang boleh diklasifikasi kepada jenis yang besar.  Nama - nama penyakit akar ini berdasarkan kepada warna kulitnya.  Tiga jenis lagi penyakit akar ialah penyakit akar lapuk Ustulina, penyakit akar lapuk Poria dan penyakit akar lapuk Busuk.

 

i. Penyakit Akar Putih
Nama kulat yang menyerang penyakit akar putih ialah '' Rigidoporous Lignosus''.  Penyakit akar putih dianggap paling berbahaya kerana boleh merebak dengan cepat.  Kulatnya berwarna putih seolah-olah seperti benag membalut akar.  Bentuk kulat Rigidoporos Lignosus bulat dan gemuk pada bahagian pangkal dan pipih tajam pada bahagian hujung dan lama kelamaan warnanya berubah menjadi jingga pucat.
Ibu kulat Rigidoporous Lignosus berwarna jingga pada bahagian atas dan pada bahagian bawah berwarna kemerah-merahan.  Ibu kulat biasanya terdapat pada tunggul pokok yang mati dan selalu menyerang pokok getah muda.

 

ii.  Penyakit akar merah
Kulat yang menyerang penyakit akar merah ialah "Ganoderma Pseudoferrum".  Kulat ini berwarna merah yang bertompok-tompok pada akar.  Penyakit ini menyerang dengan melekatkan tanah pada akar.  Ibu kulat penyakit akar merah berwarna merah tua pada sebelah atas dan kelabu asap pada sebelah bawah.  Kulat ini biasanya terdapat pada tunggul pokok yang sudah mati akibat serangan tersebut. 

 

iii. Penyakit Akar Perang
Kulat yang menyerang penyakit akar perang ialah "Phellinus Noxius". Keadaan kulat penyakit akar perang hampir sama dengan penyakit akar merah tetapi warna kulatnya perang.  Keadaan akar yang diserang itu bergerutu apabila dibelah dua dan jalur-jalur hitam dapat dilihat pada permukaannya.
Ibu kulat ini juga terdapat pada tunggul pokok yang mati.   Pada bahagian atas tunggul berwarna perang tua dan pada bahagian bawah berwarna kelabu.

 

iv. Penyakit Akar Yang Lain 
Selain penyakit akar yang besar, terdapat tiga jenis penyakit akar yang kecil.  Penyakit akar lapuk Ustulina disebabkan oleh kulat "Ustulina Deusta".  Penyakit akar lapuk Ustulina boleh dirawat dengan mencantas mana-mana bahagian akar yang ditembusi kulat dan bekasnya disapu tar.  Penyakit akar lapuk Poria disebabkan "Poria Hyperbrunnea".  Cara merawat penyakit akar lapuk Poria sama dengan penyakit akar lapuk Ustulina.
Bagi penyakit akar lapuk Busuk pula disebabkan oleh kulat "Sphaerostilbe Repens".  Penyakit ini boleh dirawat dengan mencabut dan membuang pokok yang dijangkiti bersama- sama dengan akar.  Sistem saliran di ladang perlu juga dibaiki bagi mengawal penyakit-penyakit akar.

 

2.  PENYAKIT CENDAWAN
i. Penyakit cendawan lapuk
Kulat yang menyerang penyakit cendawan lapuk ialah "Ceratocystis Fimbriota".  Pokok getah yang sering diserang penyakit cendawan lapuk ialah Klon PR 107 dan RRIM 600. 
Penyakit cendawan lapuk biasanya menyerang panel torehan pada musim hujan, lebuih-lebih lagi jika keadaan ladang itu bersemak.  Panel torehan akan menjadi lapuk dan terdapat tompok-tompok halus berwarna putih, iaitu ke atas sedikit daripada alur torehan.  Tompok-tompok ini kemudian berubah menjadi kelabu.   Apabila membesar  tompok-tompok ini merupakan aliran yang tidak lurus selari dengan alur torehan.
Spora kulat "Ceratocystis Fimbriota" boleh merebak  dengan cepat dengan diterbangkan oleh angin  dan serangga.  Selain itu, jangkitan penyakit cendawan lapuk juga berlaku melalui perkakas-perkakas menoreh terutama pisau.

 

ii. Penyakit Calar Hitam
Kulat yang menyerang penyakit calar hitam ialah "Phytophthora Palmirora".  Penyakit calar hitam juga menyerang panel torehan.   Pokok getah yang peka kepada penyakit ini terdiri daripada klon PB 86, PR 107, AVRUS 2037, RRIM 600 dan RRIM 623.

 

iii.  Nekrosis Panel Torehan.
Kulat yang menyerang nekrosis panel torehan ialah "Fusarium Solani".  Penyakit ini menyerang panel torehan yang baru dibuka dan kadang kala pokok-pokok lama.  Pokok-pokok yang sering diserang penyakit nekrosis panel torehan ialah daripada Klon PB 5/51, PB 28/83, PR 107, RRIM 605, RRIM 612, RRIM 623 DAN RRIM 628. 
Penyakit panel torehan menyerang alur torehan panel yang baru dan pada alur sempadan panel.  Kadang kala penyakit ini menyerang luka-luka pada pancuran.  Luka-luka yang bergaris pusat antara 0.5 hingga 1.5 cm yang berwarna perang tua atau kelabu boleh dilihat pada sepanjang alur torehan dan pada alur sempadan panel torehan.

 

iv.  Penyakit Cendawan Angin  
Kulat penyakit cendawan angin bernama "Corticium Salmonicolor".  Penyakit cendawan angin biasanya menyerang dahan dan cabang pokok getah yang berumur antara tiga hingga lapan tahun.  Penyakit ini melarat pada musim hujan.  Pokok getah yang sering terdedah kepada ancaman penyakit ini terdiri daripada klon RRIM 501, RRIM 600, RRIM 607, PB 28/59 dan PR 255.

 

  • 3. PENYAKIT BATANG
  •  

    i. Penyakit Batang Lapuk Ustulina
    Kulat yang menyebabkan penyakit batang lapuk Ustulina ialah "Ustulina Deusta".  Penyakit ini menyerang mana-mana bahagian pokok getah.   Spora kulat Ustulina Deusta yang berterbangan akan menembusi ke dalam batang pokok getah melalui tisu yang terdedah, kelihatan seperti luka-luka atau bekas kesan penyakit-penyakit yang lama.  Selain itu, terdapat juga pokok-pokok yang tercedera disebabkan oleh kilat atau kebakaran sering diserang oleh penyakit ini.
    Lateks yang dirembeskan pada batang pokok getah menunjukkan serangan penyakit ini.  Lateks yang beku pada celah pokok berbau busuk sehingga menyebabkan terdapatnya kepingan-kepingan kerak cendawan berwarna putih kelabu yang menyaluti bahagian yang diserang.  Akhirnya pokok itu bertukar menjadi hitam kelabu.   Batang pokok getah pula akan patah apabila kulat Ustulina Deusta menembusi jauh ke dalam kayu.

     

    ii.  Penyakit Batang Lapuk Phellinus
    Kulat yang menyerang penyakit batang lapuk phellinus ialah "Phellinus Noxius".  Penyakit batang lapuk phellinus sering menyerang pokok dewasa.  Spora kulatnya menyerang dan menjangkiti bahagian-bahagian batang atau dahan yang luka, terutamanya yang cedera akibat tiupan angin.
    Bahagian yang tercedera itu akan merebak ke dalam batang dan turun kebawah hingga ke pergelangan dan akar.  Kayu pokok getah akan berupa seperti sarang lebah akibat serangan kulat tersebut.

     

     

     

     

     

    backclr.gif (6135 bytes)