yazy.JPG (6400 bytes)

PENGENALAN.

Pokok getah atau 'Hevea Brasiliensis' adalah sejenis tanaman tropika yang boleh hidup dengan sempurna dalam lingkungan 1000 km ke utara dan 1000 km ke selatan Khatulistiwa.  Suhu yang diperlukan pokok getah ialah antara 25ēcelcius hingga 35ēcelcius sementara hujan pula sebanyak 180 cm hingga 250 cm setahun.  Selain itu, pokok getah juga memerlukan tanah yang dalam dan kukuh iaitu daripada jenis tanah loam yang mempunyai saliran yang bebas.   Paras air yang dikehendaki oleh pokok getah adalah bawah daripada 100 cm.   Pokok getah termasuk dalam tanaman jangka panjang atau tanaman saka.  Jangka hayat pokok getah antara 30 hingga 40 tahun merupakan umur ekonominya.

Pokok getah tidak terdapat di banyak negara.  Pada mulanya dijumpai di Hutan Brazil.  Kini pokok getah banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia.   Pokok getah telah menjadi satu industri yang besar di negara-negara ini.  Anak getah mula di bawa masuk ke Malaysia dari Brazil pada tahun 1877 daripada spesis Hevea Brasiliensis.  Bagaimanapun, penanaman getah secara komersil bermula pada tahun 1902 dan terus berkembang hingga menyumbangkan pendapatan eksport yang paling tinggi bagi Malaysia sehingga 1970-an.  Justeru itu Malaysia merupakan pengeluar getah yang utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand.

Walaubagaimanapun, pandapatannegara melalui hasil eksport barangan getah mulai merosot sejak beberapa tahun kebelangan ini ekoran penggunaan getah tiruan yang ternyata lebih murah berbanding getah asli.  Menyedari keadaan ini pelbagai cara dilakukan  untuk meningkatkan mutu dan kualiti getah.  Dalam waktu yang sama, satu usaha baru dibuat, iaitu mempelbagaikan barangan keluaran hasil pokok getah.  Hasil pokok getah bukan hanya mencakupi susu getah sebagai hasil utama.  Apa yang menarik, batang getah dikenalpasti mampu untuk menyaingi industri perabut di negara kita.  Manakala bagi pekebun-pekebun kecil di kampung, daun dan biji getah di komersilkan dalam berbagai-bagai cara.

Berdasarkan kepada potensi pokok getah yang amat membanggakan, penanaman getah diakui sebagai satu perusahaan jangka panjang yang memerlukan perancangan dan komitmen yang teliti untuk memperoleh hasil yang berpanjangan.

RAINBAR.gif (15138 bytes)

01_03_T.gif (10897 bytes)01_04_T.gif (10650 bytes)