RAINBAR.gif (15138 bytes)

HASIL GETAH.

Tayar

Semua jenis pengangkutan di jalanraya dan di udara seperti kereta, bas, lori, basikal dan kapal terbang menggunakan tayar yang diperbuat daripada getah.  Getah digunakan untuk membuat tayar kerana getah berupaya tahan kepada suhu yang tinggi apabila bergeser dengan permukaan jalan.  Pengeluaran getah dunia memperuntukan sebanyak lebih daripada 60% kepada industri pembuatan tayar.  Tayar terdiri daripada empat komponen iaitu tiub dalam, dinding tepi, bingkai dan bunga. 

Dalam proses pembuatan tayar,unsur yang paling penting ialah karbon.  Karbon merupakan serbuk hitam yang amat halus yang menjadikan tayar berwarna hitam.  Bagi setiap kilogram getah yang digunakan untuk membuat tayar, hampir separuh daripada bahagian itu terdiri daripada karbon.  Selain itu, karbon juga berupaya untuk memperbaiki kekuatan getah dan memelihara tayar daripada haus dan koyak.  Bahan mentah lain yang digunakan dalam proses pembuatan tayar ialah tali keluli, nilon dan getah tiruan di samping bahan-bahan lain.

Asas tayar yang sebenar ialah bingkai.  Bimgkai tayar dihasilkan dengan memasukkan getah ke dalam mesin penggelek.  Mesin ini akan memproses campuran getah tadi sehingga keluar menjadi kepingan getah yang licin.  Kepingan getah akan digeserkan dengan bahan yang dinamakan bahan tetulang.

Dinding tepi berperanan melindungi bingkai daripada kerosakan.  Dinding tepi dan bunga tayar ini dibuat secara berasingan.  Perlu diketahui bahawa setiap tayar dibuat secara individu dan menggunakan tangan.  Setelah itu, barulah tayar itu dimasukkan ke dalam acuan untuk pembentukan yang terakhir.

Semua jenis tayar adalah berbeza struktur binaannya.  Tayar kapal terbang misalnya terdiri daripada getah asli 100%.  Ini disebabkan getah aslitahan kepada suhu yang tinggi semasa kapal terbang mendarat dan berlepas.  Perlaburan alat jentera untuk pengeluaran tayar adalah besar dengan demikian pengilang-pengilang tayar merupakan perusahaan yang besar dan terkenal juga.  Prestasi tayar bergantung kepada binaannya dan getah yang digunakan.   Umumnya semakin besar tayar semakin banyaklah getah asli di dalamnya.

 

 

RAINBAR.gif (15138 bytes)

01_03_T.gif (10897 bytes)01_04_T.gif (10650 bytes)